Monday, February 23, 2009

ampun

sory2....gambaq xdapat di posting atas sebab tertentu...kesulitan amat dikesali

Wednesday, December 31, 2008

cuti dah habis

boring plak bila cuti dah habis ni...kena ngaji lagi..tapi xpa, ni last sem dah. jangan kena tambah sem sudah pasni. apa2 pon, aku puas dengan cuti aku kali ni. walaupun cuti ni penuh dengan caci-maki bernanah dari jiran2 aku, tapi tu semua tak mengganggu masa cuti aku bersama kawan2 aku semua. memang best gila, kami pi berkhemah, memancing, ke pesta penang dan banyak lagi la. nanti aku dapat gambaq aku post dalam blog ni.

tapi aku ada problem ckit ngan family aku, ni semua pasal tiap2 hari kuaq ngan kawan2!
camna ni??

Thursday, November 20, 2008

aku sunyi

hari ni semua dah balik. tinggal aku sorang ja kat hostel ni. nasib baik la ada salam, pijat n najib. boring la nak tunggu hari ahad ni. rasa cam lambat lagi nak balik Kedah. esok sabtu lusa ahad, malam tu naik bas. tak lama dah la tu. 2 hari lagi ja.

sabaq woi

cuti dah start dah. semua balik dah. nyesal aku beli tiket lewat. kawan-kawan kat Kedah pon xyah la tefon aku kerap ngat. nanti aku balik la. rindu gila kat hangpa. ada apa-apa aktiviti tunggu aku dula. nak balik weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Wednesday, September 17, 2008

Daun Gulong


Susah bagi seseorang tu kalau dah isap rokok pastu nak berhenti. Camni la tabiat aku, aku nasihat pada sapa2 yang tak isap rokok lagi tak yah la gedik-gedik nak pi isap. Kepada sesiapa juga yang isap rokok tapi kat umah dia boleh stop, baik stop terus dari isap rokok. Apa-apa pun aku bersyukur la sebab aku ni isap rokok ja, benda lain aku tak isap.

Rokok plak aku lebih suka rokok daun. Macam orang-orang tua dok isap kat beranda, camtu lah aku. Rokok daun ni satu ja yang o.k bagi aku. Dia tak dak bahan kimia tambahan seperti rokok-rokok lain. Kira selamat la ckit. Aku kalau kat umah dah berapa kali kantoi ngan mak aku, kalau nak di kira, dah berkilo-kilo tembakau mak aku dah sita dari beg aku. Memang tang tu la tempat aku simpan tembakau.

Tapi sekarang ni aku tengah slow-slow nak behenti rokok sebab kengkadang tu ada la jugak dada terasa sakit-sakit. Aku tak mau mati muda cek oi. Pahala pun macam kurang ja. Kepada umi, jangan marah sangat angah isap rokok, bagi la can kat anak umi ni menslowkan rentak merokok yang telah lama angah ceburi ini. Angah tengah slow-slow nak berhenti dah ni. Memang angah tak boleh berhenti mengejut. Caya lah kat anak umi ni.....biaq pun orang kata muka angah jahat. Angah still baik cam kat umah ja..

Ya Allah, Kau hilangkanlah tabiat merokok si penulis ni.

budak-budak



Pada 30.04.2006 yang dah lama berlalu. Satu perjumpaan member-member aku seluruh pelusuk Kedah telah di anjurkan oleh puaq-puaq Guaq dan Yan dan tak lupa geng-geng s.p yang ada tolong ckit-ckit. Anjuran ini di anggap paling berjaya kerana berjaya mengumpulkan seramai 31 orang ahli geng "balas dendam" yang sanggup datang dari jauh. Perjumpaan ini telah diadakan di air terjun Batu Hampar, Yan. Apa aktiviti yang kami buat kat situ? Mandi la apa lagi, dan bakaq-bakaq ayam dua,tiga ekoq. Tu la aktiviti kami setiap cuti semester. Ni la antara gambaq-gambaq budak-budak baru tumboh janggut yang menjayakan aktiviti ini. Tima kasih sebab hangpa mai.

Buat budak-budak a.s yang tau mai menikmati keindahan alam & makan ja...aku cabaq hangpa buat cam ni skali lagi....

Raya2


Time musim raya ja aku rasa season. Terbelah bagi antara family ngan member2. Nak pi umah tok, member2 mai umah. Kalau sorang takpa, ni mai ramai2.....terpaksalah aku pilih member2 sebab depa tu dah dikira sebagai tetamu. So, kita kena la layan....sebab tu la, dalam adik-beradik aku, aku laaaa yang paling ckit dapat duit raya sebab tak dan nak pi kutip kat saudara-mara. Sedih gak, tapi xpa..sebab mak aku kata kalau tetamu mai umah kita kena layan. Baru umah dapat berkat.