Wednesday, September 17, 2008

Daun Gulong


Susah bagi seseorang tu kalau dah isap rokok pastu nak berhenti. Camni la tabiat aku, aku nasihat pada sapa2 yang tak isap rokok lagi tak yah la gedik-gedik nak pi isap. Kepada sesiapa juga yang isap rokok tapi kat umah dia boleh stop, baik stop terus dari isap rokok. Apa-apa pun aku bersyukur la sebab aku ni isap rokok ja, benda lain aku tak isap.

Rokok plak aku lebih suka rokok daun. Macam orang-orang tua dok isap kat beranda, camtu lah aku. Rokok daun ni satu ja yang o.k bagi aku. Dia tak dak bahan kimia tambahan seperti rokok-rokok lain. Kira selamat la ckit. Aku kalau kat umah dah berapa kali kantoi ngan mak aku, kalau nak di kira, dah berkilo-kilo tembakau mak aku dah sita dari beg aku. Memang tang tu la tempat aku simpan tembakau.

Tapi sekarang ni aku tengah slow-slow nak behenti rokok sebab kengkadang tu ada la jugak dada terasa sakit-sakit. Aku tak mau mati muda cek oi. Pahala pun macam kurang ja. Kepada umi, jangan marah sangat angah isap rokok, bagi la can kat anak umi ni menslowkan rentak merokok yang telah lama angah ceburi ini. Angah tengah slow-slow nak berhenti dah ni. Memang angah tak boleh berhenti mengejut. Caya lah kat anak umi ni.....biaq pun orang kata muka angah jahat. Angah still baik cam kat umah ja..

Ya Allah, Kau hilangkanlah tabiat merokok si penulis ni.

3 comments:

rOhock said...

rokok daun boleh cutting tak??

eZzaH fAraHaNa said...

erm,bagus2...
moga2...buleyh breti hisap rokok...
cayok....

Anonymous said...

cepat2 ek brenti rokok,,,
good luck,,,