Sunday, September 14, 2008

Mengawan – Proses mengawan1



1. Selepas memilih pasangan ikan laga untuk di kacukkan dan kedua2 ikan ni bersedia untuk mengawan, kita masukkan mereka kedalam tangki mengawan.
Saya selalunya memasukkan si betina dahulu kedalam tangki agar ia biasa dengan persekitaran barunya. 2 hari selapas itu, si betina akan di masukkan kedalam botol plastic yang berada dalam tangki tersebut( saya selalunya menggunakan botol plastic coca-cola yang dipotong separuh). Dengan cara ini, ia dapat memberi masa kepada si jantan dan betina mengenali antara 1 sama lain. Jalur yang menegak pada badan si betina adalah tanda bahawa ia bersedia untuk mengawan (kita mesti ingat bahawa jalur ini tak boleh dilihat pada si betina yang kurus). Ia akan ditinggalkan dalam keadaan begini selama 1-2 hari, dalam masa yang sama, ia juga memberi masa kepada si jantan membina sarang buihnya. Proses penghasil telur pada badan si betina juga akan bermula.


Saya hanya memberi makan psangan itu selama mana ikan betina itu masih dalam botol. Kebanyakkan betina masih lagi mahu makan tapi pada pengalaman saya kebanyakkan jantan tidak akan makan ketika proses membuat sarang buih.
Saya biasanya bebaskan betina dalam masa 5-10 minit sebelum mematikan suis lampu di bilik ikan saya. Saya selalu mahu ikan saya untuk berinteraksi antara satu sama Iain dengan cepat. Apabila si betina tidak memberi tindak balas kepada jantan,atau ia takut dengan si jantan, ia akan di kurung kembali untuk memberi masa kepadanya untuk biasa dengan si jantan selepas beberapa hari ataupun minggu.


1 comment:

Anonymous said...

camne nak tau jantan ke betine.
kale die cmne.