Sunday, September 14, 2008

Mengawan – Memilih Pasangan



Apabila kita hendak memilih pasangan ikan Karin, adalah penting bagi kita mengambil kira perkara-perkara berikut:
Apa motif utama anda ingin mengacuk ikan karin: Adakah anda nak kacuk mengikut warna, finnage, kombinasi keduanya atau untuk suka-suka? Apabila sudah menentukan motif sebenar anda, anda boleh memilih antara jantan dan betina yang mana menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Ikan selalunya tidak mempunyai kesemua ciri-ciri yang anda cari, tapi secara peribadinya saya suka melihatnya sebagai satu teka-teki dimana kita cuba mengawankan dua ikan bersama-sama dan lihat apakah hasilnya. Terpulanglah pada anda. Ia penting untuk diingati bahawa kualiti terbaik menunjukkan ikan tidak semuanya baka yang baik dan sebaliknya. Mengambil kira tentang latar belakang ikan kadangkala sangat penting dalam memilih baka (faham tentang character ikan).


Umur ikan: Laporan mengatakan bahawa ikan Karin muda sudah boleh mengawan kurang dari 3 bulan, tapi secara peribadinya saya lebih suka ikan saya berumur sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum saya mengacukkan mereka.


Apabila kamu memilih pasangan ikan, kamu mesti memastikan ikan itu berada dalam keadaan baik untuk menjayakan kacukan ini.Ikan mesti diberi makan dengan makanan yang berkualiti selama 1-2 minggu (granulate, frozen atau makanan hidup). Setiap hari, anda perlu meletakkan balang ikan jantan dan betina secara bersebelahan dan biarkan mereka pada jangkamasa yang pendek bagi mereka mengenali antara satu sama lain dan penghasilan telur dalam badan betina akan berjalan.


Bagaimana kamu boleh melihat ikan kamu dalam keadaan kacukan yang terbaik
Jantan: Sihat, active, lasak, menunjukkan warna yang penuh, pandai buat buih sarang.
Betina: Sihat, active, penuh dengan telut(perut besar), menunjukkan warna jalur di badan.

!! Nota: Badan ikan betina yang kurus tidak menunjukkan warna jalur di badan.


No comments: