Sunday, September 14, 2008

Mengawan – Proses mengawan3


3. Ketika pengawanan, telur akan ditekan keluar oleh si betina manakala si jantan akan mengeluarkan sperma. Kemudian telur itu akan jatuh kebawah dan biasanya mereka akan mengutip telur2 itu dan meletakkannya pada sarang buih. Proses biasa mengawan akan berbeza daripada ½ jam kepada 3 jam.
Apabila proses ini selesai, jantan akan kembali mengejar betina dan si betina akan menyorok. Ini adala masa yang sesuai mengeluarkan si betina agar si jantan boleh menjaga telur2 tersebut dengan mengutip telur menggunakan mulut dan disusun pada sarangnya. Kadangkala, si jantan akan mengalih keseluruh sarang ke kawasan yang lain pada tangki tersebut. Mulai pada masa itu, adalah sangat penting untuk membiarkan lampu terpasang selama 24 jam sehari sehingga ikan2 muda(anak ikan) bebas untuk berenang dan pada waktu itu anda mesti keluarkan si jantan.
Proses mengawan ini biasanya akan menyebabkan si betina tercedera. Kadangkala si betina akan berada dalam keadaan baik, kalau ia tercedera, dengan penjagaan yang baik ia akan kembali sembuh.


Pada hari pertama anak ikan menetas dari telurnya, makanan utama mereka adalah micro organisma yang terdapat pada tumbuhan hidup. Selapas dalam beberapa hari, anak ikan akan baru pandai berenang, ketika anak ikan ini masih tidak tahu berenang, ia akan sering jatuh kebawah dan si jantan lah yang akan meletakkan semula anaknya ke sarang buih. Selepas anak-anak ikan sudah pandai berenang, si jantan bolehlah di keluarkan dari tangki.

Selamat mencuba !!!

No comments: