Pada tarikh sekian-sekian, aku,Ijun, Ket, Palit, Mat Kalat, Haikal, Fizi, Macho dan Pakku naik gunung Jerai yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah. Kami naik dengan menggunakan 3 biji moto wave 125, dan 2 biji EX5. Sampai kat puncak kami singgah kat Telaga Tok Syeh yang memang top sebagai seorang alim ulama dulu-kala yang telah membina surau di puncak gunung tersebut. Kami berhenti la kat telaga tu sat, time tu ada member-member dok buat loyaq burok pasai Tok Syeh. Time nak turun pi air terjun kat situ, 2 biji moto member aku tayar pecah, memang sakit pala pikir masalah ni, atas puncak tayar moto pecah, nak tuntun wak turun ada dalam 12 km. Last2, nasib baik la ada uncle sorang tu naik pajero bagi kami pinjam spanar & alat-alatan lain. Lepas cabut 2 bijik tayar, aku ngan member aku 2 orang lagi wak turun pi kedai dan naik pasang balik. Rancang nak bersantai kat Gunung Jerai, tapi jadi kot lain plak. Pas pasang kami teruskan gak aktiviti kami pi air terjun tu. Memang bes dok kat puncak, sejuk macam kat Genting, siap aku bleh nampak lagi umah aku dari atas. Kalau aku jadi adun kat kawasan ni, aku nak istiharkanGuaq Chempedak sebagai Cameron Highland no2 di Malaya. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment