Wednesday, December 31, 2008

cuti dah habis

boring plak bila cuti dah habis ni...kena ngaji lagi..tapi xpa, ni last sem dah. jangan kena tambah sem sudah pasni. apa2 pon, aku puas dengan cuti aku kali ni. walaupun cuti ni penuh dengan caci-maki bernanah dari jiran2 aku, tapi tu semua tak mengganggu masa cuti aku bersama kawan2 aku semua. memang best gila, kami pi berkhemah, memancing, ke pesta penang dan banyak lagi la. nanti aku dapat gambaq aku post dalam blog ni.

tapi aku ada problem ckit ngan family aku, ni semua pasal tiap2 hari kuaq ngan kawan2!
camna ni??

Thursday, November 20, 2008

aku sunyi

hari ni semua dah balik. tinggal aku sorang ja kat hostel ni. nasib baik la ada salam, pijat n najib. boring la nak tunggu hari ahad ni. rasa cam lambat lagi nak balik Kedah. esok sabtu lusa ahad, malam tu naik bas. tak lama dah la tu. 2 hari lagi ja.

sabaq woi

cuti dah start dah. semua balik dah. nyesal aku beli tiket lewat. kawan-kawan kat Kedah pon xyah la tefon aku kerap ngat. nanti aku balik la. rindu gila kat hangpa. ada apa-apa aktiviti tunggu aku dula. nak balik weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Wednesday, September 17, 2008

Daun Gulong


Susah bagi seseorang tu kalau dah isap rokok pastu nak berhenti. Camni la tabiat aku, aku nasihat pada sapa2 yang tak isap rokok lagi tak yah la gedik-gedik nak pi isap. Kepada sesiapa juga yang isap rokok tapi kat umah dia boleh stop, baik stop terus dari isap rokok. Apa-apa pun aku bersyukur la sebab aku ni isap rokok ja, benda lain aku tak isap.

Rokok plak aku lebih suka rokok daun. Macam orang-orang tua dok isap kat beranda, camtu lah aku. Rokok daun ni satu ja yang o.k bagi aku. Dia tak dak bahan kimia tambahan seperti rokok-rokok lain. Kira selamat la ckit. Aku kalau kat umah dah berapa kali kantoi ngan mak aku, kalau nak di kira, dah berkilo-kilo tembakau mak aku dah sita dari beg aku. Memang tang tu la tempat aku simpan tembakau.

Tapi sekarang ni aku tengah slow-slow nak behenti rokok sebab kengkadang tu ada la jugak dada terasa sakit-sakit. Aku tak mau mati muda cek oi. Pahala pun macam kurang ja. Kepada umi, jangan marah sangat angah isap rokok, bagi la can kat anak umi ni menslowkan rentak merokok yang telah lama angah ceburi ini. Angah tengah slow-slow nak berhenti dah ni. Memang angah tak boleh berhenti mengejut. Caya lah kat anak umi ni.....biaq pun orang kata muka angah jahat. Angah still baik cam kat umah ja..

Ya Allah, Kau hilangkanlah tabiat merokok si penulis ni.

budak-budak



Pada 30.04.2006 yang dah lama berlalu. Satu perjumpaan member-member aku seluruh pelusuk Kedah telah di anjurkan oleh puaq-puaq Guaq dan Yan dan tak lupa geng-geng s.p yang ada tolong ckit-ckit. Anjuran ini di anggap paling berjaya kerana berjaya mengumpulkan seramai 31 orang ahli geng "balas dendam" yang sanggup datang dari jauh. Perjumpaan ini telah diadakan di air terjun Batu Hampar, Yan. Apa aktiviti yang kami buat kat situ? Mandi la apa lagi, dan bakaq-bakaq ayam dua,tiga ekoq. Tu la aktiviti kami setiap cuti semester. Ni la antara gambaq-gambaq budak-budak baru tumboh janggut yang menjayakan aktiviti ini. Tima kasih sebab hangpa mai.

Buat budak-budak a.s yang tau mai menikmati keindahan alam & makan ja...aku cabaq hangpa buat cam ni skali lagi....

Raya2


Time musim raya ja aku rasa season. Terbelah bagi antara family ngan member2. Nak pi umah tok, member2 mai umah. Kalau sorang takpa, ni mai ramai2.....terpaksalah aku pilih member2 sebab depa tu dah dikira sebagai tetamu. So, kita kena la layan....sebab tu la, dalam adik-beradik aku, aku laaaa yang paling ckit dapat duit raya sebab tak dan nak pi kutip kat saudara-mara. Sedih gak, tapi xpa..sebab mak aku kata kalau tetamu mai umah kita kena layan. Baru umah dapat berkat.

25.06.2008










25.06.2008 lepas, puak Guaq dan puak Yan mengganas lagi. Kami berjaya anjurkan satu lagi aktiviti berfaedah di Peranginan Titi Hayun. Kali ni kami pi mandi kat tempat atas. Lagi dalam dari port bawah. Kali ni kami panggil ckit ja, bukan tak mau ajak ramai-ramai, takut serabut. Selalunya kalau ajak ramai sangat nanti ada la 2,3 orang yang tak dapat ayam bakaq sebab time tengah masak ada la sorang dua dok cubit isi sorang ckit. Last2 lari budget. Duit pakat tong sama rata. Hari tu ada sorang member aku nama Pakku bebai sebab dia naik ikut jalan jauh, haha…….nak tau yang mana satu Pakku? hangpa tengok yang hitam-hitam ckit antara kami semua.

Pantai Murni



Ni tempat lepak ke3 member2 aku, tempat lepas tension kat situ la. Tempat bincang hal masing-masing. Sorang ada masalah, settle ramai2. Camtu la cara kami. Masalah awek settle sendiri. Waktu ni kami baru lepas singgah dari umah pit ramli sorang lagi member aku. Kalau pi umah dia memang wajib kena pi Pantai Murni atau tempat2 lain kat situ sebab senang ckit dia nak lepas rindu kat rokok. Time tu la kami nyembang kalau ada cerita2 baru. Kalau nak di kata, kehidupan aku kat Kedah ni memang tak boring langsung sebab semua sekepala. Bab-bab awek letak tepi, enjoy sama-sama kami ja.

Perigi




Ni tempat mandi aku time cuti. Boleh dikatakan kalau kat umah aku jarang mandi kat bilik air, aku suka mandi kat air terjun kat umah aku ni. Jimat air kat umah. Selalunya lepas jogging pagi2 aku ngan member aku pi mandi terus kat sana. Lepas jogging, mandi... sebelum mandi, jogging.....tu la cara aku nak mengelak daripada tidoq sampai tengahari time cuti2.




Ni plak gambaq2 aku dok jogging tiap2 pagi.....ada macam kat Cameron Highland dak?

Keramat Tok Syeh di Gunung Jerai





Pada tarikh sekian-sekian, aku,Ijun, Ket, Palit, Mat Kalat, Haikal, Fizi, Macho dan Pakku naik gunung Jerai yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah. Kami naik dengan menggunakan 3 biji moto wave 125, dan 2 biji EX5. Sampai kat puncak kami singgah kat Telaga Tok Syeh yang memang top sebagai seorang alim ulama dulu-kala yang telah membina surau di puncak gunung tersebut. Kami berhenti la kat telaga tu sat, time tu ada member-member dok buat loyaq burok pasai Tok Syeh. Time nak turun pi air terjun kat situ, 2 biji moto member aku tayar pecah, memang sakit pala pikir masalah ni, atas puncak tayar moto pecah, nak tuntun wak turun ada dalam 12 km. Last2, nasib baik la ada uncle sorang tu naik pajero bagi kami pinjam spanar & alat-alatan lain. Lepas cabut 2 bijik tayar, aku ngan member aku 2 orang lagi wak turun pi kedai dan naik pasang balik. Rancang nak bersantai kat Gunung Jerai, tapi jadi kot lain plak. Pas pasang kami teruskan gak aktiviti kami pi air terjun tu. Memang bes dok kat puncak, sejuk macam kat Genting, siap aku bleh nampak lagi umah aku dari atas. Kalau aku jadi adun kat kawasan ni, aku nak istiharkanGuaq Chempedak sebagai Cameron Highland no2 di Malaya.

Futsal




Ni salah satu lagi aktiviti cuti aku ngan member-member aku. Tiap kali balik ja mesti ada futsal, tak pun pi air terjun. Futsal,air terjun. Tu la aktiviti kami. Lepas main kami lepak kat kedai makan dan minum2 dulu. Kira member2 ni no2 la pas keluarga aku. Awek tak dak noh. Bila dah nak kawen mak aku tolong cari kat aku. Berkat ckit..hahahahaaaa. Ni la gambaq kami time lepas men futsal.

Hidup Kedah


Tahniah kat pasukan Hijau Kuning yang berjaya wat sejarah bola sepak tempatan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan tiga kali berturut-turut. Berbaloi kami pi tengok kat stadium. Kepada pemain-pemain import selamat pulang ke tanah air masing-masing. Senang-senang jangan lupa mai balik kat Kedah.

Sunday, September 14, 2008

Mengawan – Memilih Pasangan



Apabila kita hendak memilih pasangan ikan Karin, adalah penting bagi kita mengambil kira perkara-perkara berikut:
Apa motif utama anda ingin mengacuk ikan karin: Adakah anda nak kacuk mengikut warna, finnage, kombinasi keduanya atau untuk suka-suka? Apabila sudah menentukan motif sebenar anda, anda boleh memilih antara jantan dan betina yang mana menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Ikan selalunya tidak mempunyai kesemua ciri-ciri yang anda cari, tapi secara peribadinya saya suka melihatnya sebagai satu teka-teki dimana kita cuba mengawankan dua ikan bersama-sama dan lihat apakah hasilnya. Terpulanglah pada anda. Ia penting untuk diingati bahawa kualiti terbaik menunjukkan ikan tidak semuanya baka yang baik dan sebaliknya. Mengambil kira tentang latar belakang ikan kadangkala sangat penting dalam memilih baka (faham tentang character ikan).


Umur ikan: Laporan mengatakan bahawa ikan Karin muda sudah boleh mengawan kurang dari 3 bulan, tapi secara peribadinya saya lebih suka ikan saya berumur sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum saya mengacukkan mereka.


Apabila kamu memilih pasangan ikan, kamu mesti memastikan ikan itu berada dalam keadaan baik untuk menjayakan kacukan ini.Ikan mesti diberi makan dengan makanan yang berkualiti selama 1-2 minggu (granulate, frozen atau makanan hidup). Setiap hari, anda perlu meletakkan balang ikan jantan dan betina secara bersebelahan dan biarkan mereka pada jangkamasa yang pendek bagi mereka mengenali antara satu sama lain dan penghasilan telur dalam badan betina akan berjalan.


Bagaimana kamu boleh melihat ikan kamu dalam keadaan kacukan yang terbaik
Jantan: Sihat, active, lasak, menunjukkan warna yang penuh, pandai buat buih sarang.
Betina: Sihat, active, penuh dengan telut(perut besar), menunjukkan warna jalur di badan.

!! Nota: Badan ikan betina yang kurus tidak menunjukkan warna jalur di badan.


Mengawan – Penyusunan Tangki

Dalam menyediakan tangki mengawan, perkara-perkara berikut sangat diperlukan:
· Tangki kaca (sekurang2nya10-12 liter) dengan penutup dan lampu
· Kepanasan (25 Watt)
· Anti klorin
· Tumbuhan hidup
· Botol atau bekas kaca
· Polistrin atau separuh cawan polistrin (untuk ikan membuat sarang buih) Separuh pasu tanah liat
Tangki mengawan saya bersaiz 40x25x25 cm. Level air di set kepada 10-15 cm dan suhu sekitar 27-30 c dan mesi dikekalkan dengan 25 Watt kepanasan. Tangki mesti penuh dngan tumbuhan hidup secara terapung. Saya selalu menggunakan tumbuhan jenis (Ceratophyllum demersum). Tumbuhan hidup dapat membantu memberi sokongan kepada sarang, juga menjadi tempat menyorok bagi si betina semasa proses mengawan dan akan mempengarui pertumbuhan infusoria (organisma micro pada tumbuhan ini akan menjadi makanan untuk anak ikan pada har pertama ). Tumbuhan ini juga digunakan sebagai tmpat anak-anak ikan bermain apabila sampai tahap boleh berenang. Separuh pasu tanah liat berungsi untuk melindungi si betina semasa proses mengawanUntuk memastikan tahap sarang buih pelbagai cara boleh digunakan, contoh: Secebis polistrin, separuh cawan polistrin, daun Ketapang\ Indian Almond hidup tumbuhan dan lain2. Saya juga menyediakan kepada si jantan secebis polistrin di penjuru kiri, dan daun Ketapang di penjuru kanan.



1.Secebis polistrin
2.Daun Indian Almond
3.Botol atau bekas kaca
4.Separuh pasu tanah liat5. Tunmbuhan hidup (hornwort))

Mengawan – Proses mengawan1



1. Selepas memilih pasangan ikan laga untuk di kacukkan dan kedua2 ikan ni bersedia untuk mengawan, kita masukkan mereka kedalam tangki mengawan.
Saya selalunya memasukkan si betina dahulu kedalam tangki agar ia biasa dengan persekitaran barunya. 2 hari selapas itu, si betina akan di masukkan kedalam botol plastic yang berada dalam tangki tersebut( saya selalunya menggunakan botol plastic coca-cola yang dipotong separuh). Dengan cara ini, ia dapat memberi masa kepada si jantan dan betina mengenali antara 1 sama lain. Jalur yang menegak pada badan si betina adalah tanda bahawa ia bersedia untuk mengawan (kita mesti ingat bahawa jalur ini tak boleh dilihat pada si betina yang kurus). Ia akan ditinggalkan dalam keadaan begini selama 1-2 hari, dalam masa yang sama, ia juga memberi masa kepada si jantan membina sarang buihnya. Proses penghasil telur pada badan si betina juga akan bermula.


Saya hanya memberi makan psangan itu selama mana ikan betina itu masih dalam botol. Kebanyakkan betina masih lagi mahu makan tapi pada pengalaman saya kebanyakkan jantan tidak akan makan ketika proses membuat sarang buih.
Saya biasanya bebaskan betina dalam masa 5-10 minit sebelum mematikan suis lampu di bilik ikan saya. Saya selalu mahu ikan saya untuk berinteraksi antara satu sama Iain dengan cepat. Apabila si betina tidak memberi tindak balas kepada jantan,atau ia takut dengan si jantan, ia akan di kurung kembali untuk memberi masa kepadanya untuk biasa dengan si jantan selepas beberapa hari ataupun minggu.


Mengawan – Proses mengawan2



2. Selepas anda bebaskan pasangan itu untuk bersama. Mereka akan mendekati masing-masing di mana si jantan akan mengejar si betina di dalam tangki. Ianya adalah satu perkara yang biasa apabila si betina memberi beberapa gigitan sewaktu proses ini. Selepas sementara waktu, si betina akan mengikuti si jantan ke bawah sarang buihnya. Apabila si jantan sudah bersedia, ia akan bergantung dibawah sarangnya dan akan menari-nari untuk memanggil si betina dan cuba menyakinkanya untuk datang ke bawah sarang itu dengan cara meliuk-liukkan ekornya
Apabila si betina bersedia untuk mengawan, ia akan mendekati si jantan dengan kepalanya menghala kebawah. Mereka akan mula menolak-nolak antara satu sama lain. Biasanya, si jantan akan mula memainkan peranan ke atas si betina. Kadang-kala ia akan mengambil masa sebelum si jantan berjaya melakukan proses ini terutama sekali jika jantan itu tidak ada pengalaman.









Mengawan – Proses mengawan3


3. Ketika pengawanan, telur akan ditekan keluar oleh si betina manakala si jantan akan mengeluarkan sperma. Kemudian telur itu akan jatuh kebawah dan biasanya mereka akan mengutip telur2 itu dan meletakkannya pada sarang buih. Proses biasa mengawan akan berbeza daripada ½ jam kepada 3 jam.
Apabila proses ini selesai, jantan akan kembali mengejar betina dan si betina akan menyorok. Ini adala masa yang sesuai mengeluarkan si betina agar si jantan boleh menjaga telur2 tersebut dengan mengutip telur menggunakan mulut dan disusun pada sarangnya. Kadangkala, si jantan akan mengalih keseluruh sarang ke kawasan yang lain pada tangki tersebut. Mulai pada masa itu, adalah sangat penting untuk membiarkan lampu terpasang selama 24 jam sehari sehingga ikan2 muda(anak ikan) bebas untuk berenang dan pada waktu itu anda mesti keluarkan si jantan.
Proses mengawan ini biasanya akan menyebabkan si betina tercedera. Kadangkala si betina akan berada dalam keadaan baik, kalau ia tercedera, dengan penjagaan yang baik ia akan kembali sembuh.


Pada hari pertama anak ikan menetas dari telurnya, makanan utama mereka adalah micro organisma yang terdapat pada tumbuhan hidup. Selapas dalam beberapa hari, anak ikan akan baru pandai berenang, ketika anak ikan ini masih tidak tahu berenang, ia akan sering jatuh kebawah dan si jantan lah yang akan meletakkan semula anaknya ke sarang buih. Selepas anak-anak ikan sudah pandai berenang, si jantan bolehlah di keluarkan dari tangki.

Selamat mencuba !!!

Tuesday, September 2, 2008

Taksub for Fighting

Dulu-dulu aku ni kuat taboh orang. Orang-orang lain dok kecoh gaduh dengan orang Cina la India la, macam-macam. Aku lagi ganaz, ngan orang Siam aku maki camtu ja, ingat tak ganaz ka Siam, silap haribulan aku kena santau.

Start aku patah gigi, member-member aku dah panggil aku ni kaki taboh orang. La ni ada gigi orang tak panggil camtu dah, zaman-zaman ada gigi ni muka pon nampak skema ja, cerita ganaz-ganaz pon orang dengaq tak caya. Ok2, maleh aku nak cerita panjang-panjang. La ni aku nak cerita pasal aku ngan budak Siam tu. Cerita dia bermula macam ni ha........

Dulu aku ni sokmo-sokmo mengikut perkembangan zaman. Basikal aku pon tak larat nak mekap dah, memang kat taman aku tu basikal aku paling sempoi la. Pernah tengok moto Virago? Haa.. basikal aku, aku mekap lebih kurang camtu la. Waktu tu, love family 1st, basikal 2nd, member-member no3.

Suatu petang tu aku pi lepak kat taman permainan, ni la port lepak aku ngan member-member aku waktu zaman mumaiyis dulu. Basikal baru lepas upgreat, orang sentuh ckit pon aku marah. Aku parking basikal aku kat papan longsoq, tempat biasa. Aku tinggal kat citu dan aku pi la men bola ngan member-member aku.

Tengah dok taksub men bola, tiba-tiba ada la budak mana ntah naik basikal dok pusing-pusing tengah padang. Basikal lawa gila, ala-ala Virago, orang yang bawak basikal tu pon macam aku kenal. Ceh, member Siam aku, Pratom. Dia mai dekat aku, aku tengok basikal macam kenal ja terus keluaq dari mulut aku caci-maki bernanah yang senior-senior taman aku penurun kat aku. Yang aku tak bleh lupa aku ada sebut macamni “woi b#@*h, aku tak bagi orang kapiaq naik gerek aku”.

Pasal kes basikal tu aku nak gaduh ngan kawan aku tu, nasib baik dia tak melawan. Dia senyap ja aku tengok. Mungkin pedih sangat kot ayat aku bagi kat dia........woi Pratom, aku tak sengaja nak kata kat hang. Aku terlepas cakap ja hari tu.

Walaupun member aku tu teruk kena maki ngan aku, tapi dia patut berbangga sebab dia la orang first bleh merasa naik basikal aku. Lepas naik mesti taksub nak naik lagi....hahahaha.............

Taksuban’nasuha…..

Perkataan taksub ni membawa maksud fanatik terhadap sesuatu perkara. Contoh yang paling popular sekali kat Kedah ni penyokong hijau kuning yang taksub gila dengan pasukan bola sepak Sang Kenari. Sapa tak kenal Pasukan Kedah yang menang 6 piala berturut-turut. Kami semua budak-budak Kedah bangga toksah dok kata, tak sia-sia duit teket habis. Asal menang.

Ni aku bukan nak sembang pasal topik bola sepak Kedah. Aku nak fokus perkataan taksub ni. Sebut pasai taksub ja aku dok terbayang ja satu badan NGO ni. Aku nak fokuuuuus lagi sampai kat ahli-ahli depa. Haaaaa..... baru bleh start sembang panjang-panjang. Badan Ngo ni bukan baru pon, dah lama persatuan ni di tubuhkan. Dulu ahli-ahli depa semua cekang-cekang. Tapi masalah la ni ahli-ahli baru depa yang banyak buat masalah, taksub la konon.

Aku dulu hampir-hampir nak join pesatuan ni, tapi nasib baik la aku ni ni jenis kuat buat kajian pasal benda-benda ni. Mula-mula aku kaji motif pertubuhan persatuan ni, motif dia nak jaga orang-orang Melayu. Aku baca motif persatuan ni aku dah taksub gak ckit. Baguih depa ni nak jaga orang Melayu. Habis bab kaji fakta-fakta dia, aku usya-usya la budak-budak taksub yang ada kat tempat aku. Nak tengok la macam mana depa jaga orang Melayu.

Hasil daripada tinjauan aku, aku dapati ada segelintir yang ngarut. Jadi ahli semata-mata nak dapat nama. Kalau blah Kedah ni sapa masuk persatuan ni kira kebel cekang la. Sapa tak berani kacau. Memang betoi pon kebel cekang, sebab tu la kena jaga orang Melayu. Ni yang aku tengok tabuh budak-budak Melayu sesama sendiri. Tak aci ar macam tu, hampa kebel cekang ikut dan tabuh budak-buda lain. Padahal kes kecik ja.

Contoh ni macam kat tempat aku ni, ada satu padang bola tu. Tiap-tiap petang budak-budak muda dok main bola. Ada satu petang tu sorang budak tak taksub tersepak kaki sorang lagi budak tak taksub. Dua-dua budak tak taksub ni pon bergaduh la, apa lagi.
Tapi camna ntah ada budak-budak taksub kat situ, depa pon nak turun padang. Pada pandangan aku depa ni konon-konon taksub nak jadi hero pi settle budak dua orang tadi gaduh. Alangkah baguihnya kalau sangkaan aku ni tepat, tapi hangpa nak tau apa jadi???
Boleh budak-budak taksub tadi pi menambah lagi huru-hara kat situ. Depa pi tabuh plak sorang budak tadi sebab yang sorang lagi member depa. So, terpaksa la orang-orang tua masuk campur. Aii....tak tau aku nak kata apa. Dalam time-time camni yang aku tau nak sebut ”taksub” la.

Ada satu lagi cerita, ganu mari. Member aku kat ganu baru masuk persatuan ni. Malam tu dia ajak aku ngan kawan aku sorang kuar minum-minum kat kedai. Dia pon buka la cerita tanya kami nak join ka dak persatuan ni. Aku terus ja habaq kat dia tak mau, sebab aku tak suka perangai 2,3 orang ahli depa. Malam tu kebetulan aku pakai beg silang yang mat rempit selalu pakai tu. Member aku yang taksub ni boleh habaq kat aku beg silang aku tak boleh pakai. Dia takut nanti budak-budak taksub tangkap aku cop aku menyamaq. Kira dia nak habaq beg silang ni budak-budak dia ja yang boleh pakai. Oooiihh...cela nguh natang ni....mg tahu dop penubuhan persatuan yang mg masuk ni baru 4 tahun kat ganu. Yang aku pakai beg ni dah lebih dari 4 tahun dah kat Kedah. Set-set Kedah dop care pon.

Satu lagi kes tabuh kawan aku, budak tu budak ganu, dia tabuh kawan aku budak Pahang kes kawan aku ni bagi pinjam duit kat kawan dia. Yang budak ganu taksub ni buat modal duit yang kawan aku pinjamkan untuk kawan dia beli pil kuda. Berakal la ckit alasan nak tabuh anak orong pon. Padahal budak taksub tu ngan kawan aku tu member-member gak. Kes dia budak luaq ang suka hati nak tabuh dia. Mampuih ar camtu. Kes ni aku ada gak cerita kat kawan-kawan aku yang join persatuan ni kat Kedah. Depa semua marah gila. Kes ada budak-budak taksub camni la yang buat nama persatuan ni busuk. Cuba la bawak slumber, nak join, join la betoi-betoi. Kata nak jaga orang Melayu, jaga la betoi-betoi.

TAKSUB MAU, TAKSUBUR TAK MAU


Aku bakal taksub yang kecewa,
Aku tujukan nasihat ni kepada
budak-budak taksub yang terlalu
taksub sampai lupa daratan,
Yang betoi, teruskan perjuangan anda.