Sunday, September 14, 2008

Mengawan – Proses mengawan2



2. Selepas anda bebaskan pasangan itu untuk bersama. Mereka akan mendekati masing-masing di mana si jantan akan mengejar si betina di dalam tangki. Ianya adalah satu perkara yang biasa apabila si betina memberi beberapa gigitan sewaktu proses ini. Selepas sementara waktu, si betina akan mengikuti si jantan ke bawah sarang buihnya. Apabila si jantan sudah bersedia, ia akan bergantung dibawah sarangnya dan akan menari-nari untuk memanggil si betina dan cuba menyakinkanya untuk datang ke bawah sarang itu dengan cara meliuk-liukkan ekornya
Apabila si betina bersedia untuk mengawan, ia akan mendekati si jantan dengan kepalanya menghala kebawah. Mereka akan mula menolak-nolak antara satu sama lain. Biasanya, si jantan akan mula memainkan peranan ke atas si betina. Kadang-kala ia akan mengambil masa sebelum si jantan berjaya melakukan proses ini terutama sekali jika jantan itu tidak ada pengalaman.









No comments: